Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan laporan berserta video setiap tangkapan dan operasi mencegah jenayah pemerdagangan manusia kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang bermula tahun ini.<br />Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia bagi memberi bukti kukuh bahawa kerajaan serius dalam menangani jenayah terbabit serta beberapa siri kejayaan melumpuhkan sindiket jenayah rentas sempadan itu.